Showing posts with label Kueh mueh. Show all posts
Showing posts with label Kueh mueh. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Kueh Bakar aka Bengkang






Seperti dijanjikan akak masukkan resepi kueh bakar ya... maaflah lambat sangat baru update... sibuk bebeno teman ni, amboi kan dah cakap perak!! ok tak mo bebel panjang2, meh kita semak resepi, mudah je, resepi ni ambik kat blog http://myresepi.com kalau tak silap resepi joey ke (sorry kalau silap ya), dah lama ambik resepi ni dan selalu buat guna resepi ni... mudah!! ok sekali lagi jom semak resepi...

Bahan2

1 cawan gula
1 cawan jus pandan atau air + pandan esen (akak guna bbrpa titik pandan esen je - tak yah campur air lg)
2 cawan tepun gandum
2 1/4 cawan santan (atau guna santan dalam tin yg 270ml dan campur air selebihnya)
2 sudu besar butter
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
secukup bijan untuk ditabur diatas adunan

* boleh tambah pewarna jika suka

Cara2
  • Campurkan semua bahan (kecuali bijan) kedalam blender (mula2 masukkan bahan cecair dulu, kemudian baru barang kering), blend sebati.
  • Masukkan 2 sudu besar minyak kedalam loyang dan ratakan.
  • Panaskan loyang dalam over sebentar (masukkan aje loyang kedalam over semasa memanaskan over dan keluarkan bila loceng berbunyi). Bila minyak dah panas, masukkan adunan dan taburkan bijan.
  • Bakar pada suhu 180C sehingga perang atau garing dalam 1 jam.
  • Ingatan : tunggu sejuk dulu baru potong (kalau nak cantik potongannyalah)

Wednesday, March 2, 2011

CUCUQ UDANG


Salam dan selamat sejahtera didoakan buat teman2 diluar sana. Bersiaran lagi hari ini saya ingin berkongsi satu lagi resepi ringkas iaitu cucuq udang. Kueh ni biasa saja dan selalunya kita beli aje, ya tak, tapi kalau yg anak ramai atau nak adventour sikit tu, apasalahnya mencuba. Lagipun dengan buat sendiri kita boleh gunakan minyak yang lebih selamat seperti minyak sayur ke atau dapat guna minyak yang baru untuk kesihatan keluarga kita, berbanding minyak yang telah diguna beberapa kali oleh rata2 penjual diluar sana. Bukan apa kueh ni memangnya berminyak, tetapi kalau dapat dikurangkan kuantiti dan tahu kualiti minyaknya, rasanya selamatlah sikit, cewah cakap macam pakar kesihatan pulak, he he .. jom kita semak resepi ringkas ni..(sebenarnya resepi ni main agak2 je, tapi saya cuba agak untuk memudahkan kawan2 ya)


Bahan2
  • 250gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis kering
  • secukup rasa garam
  • 100g (lebih kurang) udang 
  • sedikit taugeh dan kucai
  • secukup air (seperti bancuhan cucur bawang dirumah)
  • sedikit kunyit
  • 1 biji telur
Cara2


  1. Masukkan tepung kedalam besen, kemudian masukkan yis, udang (ambil 1/2 drpd udang dan potong/koyak2kan setiap seekor kepada 3 -  ha kat kedai takde udang kat dalam kan, ni yg bestnya buat sendiri!), taugeh dan kucai (optional! kalau tak letakpun sedap juga) dan kunyit.
  2. Masukkan pula air sehingga bancuhan menjadi seperti cucur bawang yg biasa kita buat, jgn banyak sangat air. Masukkan juga telur (pukulkan sebentar - tak perlu kembang), kacau sebati.
  3. Kemudian rasakan garamnya.
  4. Setelah sebati, perap adunan selama 1-2 jam. Jangan lama sangat, nanti adunan masam pula, ya tak.
  5. Setelah 2 jam, boleh start menggoreng.
  6. Pastikan minyak memenuhi kuali kerana adunan akan mengembang dan api perlahan.
  7. Letak senduk yg akan digunakan untuk membentuk cucur kedalam kuali (ini akan mengelakkan adunan dari melekat dengan senduk dan adunan mudah dikeluarkan dari senduk)
  8. Setelah agak panas, keluarkan dan gunakan senduk lain untuk mencedok adunan kedalam senduk yg telah dipanaskan tadi. Pastikan jangan terlalu penuh sehingga sampai kebibir senduk.Letaklah seekor udang diatasnya.
  9. Masukkan senduk kedalam minyak panas dan tunggu sebentar, kemudian gelek2kan sedikit senduk hingga adunan keluar dari senduk.
  10. Buat lagi untuk adunan yg lain sambil membalik2kan kueh yang sedang masak.
  11. Setelah masak, letakkan kueh kedalam bekas yg dialas dgn surat khabar.
  12. Apalagi, setelah tidak begitu berminyak dan sejuk bolehlah dipotong dan makanlah dengan sos cili atau sos cili thai atau kalau pandai buat sos seperti dikedai tu, lagi ngam... selamat mencuba..

Monday, February 28, 2011

POPIA GORENG INTI AYAM N VEGE



Salam teman-teman, apa khabar? diharap semua dalam keadaan baik ya. Hari ini saya ingin berkongsi resepi "popia goreng". Resepi ini sebenarnya diambil dari Majalah Rasa Jun 2007, memang sedap, terutama bila dimakan panas2, ranggup je... mari kita semak resepinya...

Bahan2

  • 1 keping kiub ayam
  • 100gm sayur campur (mix vege)
  • 250gm daging ayam cincang
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • kulit popia secukupnya
  • minyak secukupnya (untuk menggoreng)
  • sebiji putih telur (untuk melekatkan kulit popia)
  • garam sesedap rasa


Inti

  1. tumis bawang puti dan merah hingga wangi
  2. masukkan ayam, goreng hingga masak
  3. masukkan telur, goreng sekejap dan buat seperti scramble egg
  4. masukkan kiub ayam, kacau sekejap
  5. masukkan mix vege, kacau dan sebatikan dgn bahan tadi, rasakan garam sesedap rasa anda, siap.
Cara2

  1. Bentangkan kulit popia, letakkan 1 1/2 sudu besar inti ayam tadi, gulung kemas dan letakkan/sapukan sedikit putih telur dihujung kulit popia tadi, lekatkan, siap, buat sampai habis.
  2. Goreng dalam minyak terendam dan api yang perlahan.
  3. Sejuk sedikit, apalagi makanlah dengan sos kegemaran...



Sunday, February 27, 2011

ROTI JALA


Assalammualaikum teman2 diluar sana, entry pertama saya kali ini ialah roti jala, yg rata2 merupakan kegemaran anak2 dan suami. Resepi ini menjadi "favourite receipe" setelah diolah dan dicuba sehingga memenuhi selera keluarga. Diharap dapatlah juga menepati selera teman2 diluar sana... Marilah kita tengok resepi seperti dibawah :

Bahan2
  • 500gm tepung gandum
  • 100gm tepung beras
  • 2 biji telur
  • 50gm marjerin (cairkan)
  • secubit garam
  • sedikit  pewarna kuning
  • 850ml air
  • 1 sudu kecil esen vanila (optional)

Cara2
  1. Resepi ini mudah saja, iaitu blend saja kesemuanya, dimulai dengan dibawah sekali, iaitu air, telur, vanila (bahan cecair dahulu)
  2. Kemudian diikuti kedua2 tepung, garam
  3. Akhir sekali semasa blender masih lagi berpusing bolehlah di masukkan marjerin dan pewarna kuning dan kacaulah sekali2 dgn sudu supaya tidak berketul (sekiranya sesuai dgn tahap kepekatan yg anda ingini, bolehlah dimasukkan kedalam besen/mangkuk untuk memudahkan kerja2 mencedok menggunakan acuan roti jala.
  4. Lepas tu apalagi, bolehlah start menjala menggunakan kuali leper yang disapukan sedikit marjerin untuk melicinkan permukaannya supaya adunan tidak melekat.

Tips
Adunan ini mungkin agak banyak sekiranya blender anda kecil, jika begitu, gunakan setengah adunan sahaja, supaya adunan dapat bergerak selesa didalam blender.