Thursday, December 22, 2011

Biskut Samperit - buat untuk buah tangan mak akak
yg akan pergi kepertunangan anak neighbour -
harap mereka suka menerimanya (kebiasaan orang perak,
hantarannya memang penuh dengan kueh mueh, itulah
adat namanya)

Thursday, December 15, 2011

SEKADAR BERKONGSI CERITA...

Oh ya ni, nak cerita sikit peristiwa pagi tadi, selepas k ita gi exercise dan nak balik kerumah, ternampaklah seorang budak perempuan - dari jauh nampak macam anak india tetapi sebenarnya anak negro (siap berdandan halus mcm dlm tv tu) berjalan sorang sambil menangis mengesek mata, tanpa memandang kenderaan yg menuju kearahnya, apalagi akak pun terus seberang jalan dan mendapatkannya. Bimbang di langgar kereta atau diapa2kan pihak2 tak bertanggung jawab (faham2 ajelah anak perempuan). Nasib baik budak tu boleh berbahasa inggeris, lepas ditanya dimana emaknya dan rumahnya, masih belum juga dapat jawapan yg pasti, ditambah2 dia asyik menangis dan agak sukar utk memahami apa yg diperkatakan.

Dari akak seorang makin bertambah ramai yg singgah bertanya kan halnya dan ada seorang sekuriti tu agak takut utk melaporkan pada polis sbb takut dia akan terlibat sama, ada ka patut, akak pun sound lah jgnlah begitu awak tu sekuriti, tolonglah sikit... akhirnya dia bersedia menolong dan perlu ke post sekuriti yg lagi satu, oklah. Berbalik pd budak perempuan negro tu tadi yg berusia 4 tahun, setelah ditanya datang dari arah mana, diapun menunjukkan arah rumahnya (cuak jgk sbb tiada negro yg tinggal kawasan rumah kami rasanya) tapi takpelah ikutkan jugalah dia, sambil memegang tangannya hingga sampai kerumah. Alhamdulillah ada rupanya maknya, pakciknya, rupanya mereka tak sedar dia keluar. Maknya cakap dia nak ikut maknya pergi kerja, tapi hari tu tak keja, so dlm masa bersiap2 tu anaknya dah keluar sendiri (sebenarnya budak tu agak bijak wpun baru berusia 4 tahun dah pandai tunjuk jln rumah ya tak).

Sebenarnya kejadian hari ni merupakan balas budi yg akak pernah terima masa anak2 akak kecik dulu, pernah anak akak terlepas dari tadika dan terus berlari kerumah yg agak jauh dari situ... mujur Allah swt menghantar hambanya yg baik menolong membawa anak2 akak pulang kerumah, alhamdulillah. Mana kita akan tahu bgmana nak balas budi org yg menolong tu, rupa2nya hari ni lah hari itu, alhamdulillah dan satu lagi rupanya org negro tu berugama islam, ibunya siap bertudung lagi.

Roti Poket

Hai teman2... sorrylah lama k ita tak update blog, bukan apa, agak sibuk, maklum dgn anak2 yg sedang bercuti dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Namun begitu ada jgk aktiviti memasak, walau tuan rumah dalam keaadaan berdiet (sebenarnya menjaga kesihatan), tapi kadang2 tu kena jugak masakkan makanan kegemaran anak2, cuma maknya jelah kena tahan selera. Alhamdulillah dengan senaman yg regular dan penjagaan makanan telah menunjukkan penurunan berat badan. Bukan sahaja badan rasa ringan tetapi juga segar dan mudah melakukan kerja2 rumah dan memenuhi aktiviti anak2. Doakan k ita terus berjaya ya. Ok disebabkan anak2 memang sukakan roti pita atau roti poket (pengaruh luar negara la ni), dan agak sukar untuk mendapatkannya dikawasan rumah akak ni, maka terjumpalah satu resepi mudah dalam Myresepi.com oleh erna. Ok akak c&p ajelah ya, harap erna tak marah. Anyway memang mudah, sedap dan sekejap je dah siap juga seronok tengok masa roti tu mengembang dalam oven.... isi atau intinya terpulang kepada kegemaran teman2 ya... anak2 k ita ada yg letak inti nugget+salad+tomato+mayo+cili sos, ada yg letak scramble egg dan ada juga letak sosej, sesuka hati merekalah, sekejap je dah licin satu adunan...alhamdulillah

Bahan2
  • 200g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 150g air
  • 5g gula
  • 5g garam
  • 15g olive oil/minyak masak
  • 2.5g dry yeast

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
  2. Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  3. Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
  4. Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
  5. *** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.

 




Saturday, November 12, 2011

TEMPAHAN PERKAHWINAN BLUEBERRY MUFFIN

Tempahan 50 pcs blueberry muffin dari Pn Latifah
dari apt berdekatan (maaf lupa lak nama apt nya)
- alhamdulillah dapat disiapkan walau ordernya disaat akhir
perkahwinan anaknya pada 11.11.2011. Terima kasih ya
dan diharap berpuas hati. Kalau suka boleh order lagi he he.
Tak lupa terima kasih kepada anak2 kak long n kak ngah yang
rajin menolong ibunya ini menyiapkan muffin ini.

Monday, November 7, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalammualaikum, entry ni sebenarnya telah dibuat sehari sebelum Aidil Adha, namun atas sebab2 tertentu hanya tersimpan dlm komputer, tak sempat nak post. Apa boleh buat kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan, ya tak. Wbagaimanapun rasanya tak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban buat semua teman2 yang menjengah blog k ita ini. Tentu ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman menjenguk ibu bapa yang selalu menanti kepulangan kita ya tak. Sentiasalah mengambil tahu kesihatan dan perasaan ibu bapa kita ya, kalaupun tidak boleh selalu pulang ke kampung, tapi kan dengan segala teknologi yang ada tentunya tak susah untuk bertanya khabar atau berbual sepatah dua kata. Capai aje talipon, ha dah dapat dengar suara. Tentunya mereka sangat gembira walaupun sekejap, bayangkan kita bila dah tua nanti menghadapi situasi yang sama, tentunya amat sunyi dan rindu bila anak2 dah besar dan bekerja pula diperantauan, bayangkanlah... Dibawah ini k ita, sertakan gambar2 sekitar Aidil Adha yg lepas....







 

Oh ya dikesempatan ini k ita masukkan gambar order kek buah kukus dari Kak Ju dan sekot mazola dari schoolmate akak, ya kami masih berhubung (semuanya dgn jasa facebook), Shahrizat Badrul yg still come, he he...











Wednesday, October 19, 2011

TEMPAHAN BLUEBERRY CHEESE CAKE

Tempahan Blueberry Cheese Cake seberat 1.5 kg
dari Kak Sugee, jiran kat area umah akak ni jugak
tuk birthday menantu perempuannya yg jatuh pada hari ni (20.10.11)
- Terima kasih kerana sudi menempah kek dari saya ya.

Sunday, October 9, 2011

BIRTHDAY CAKE LAGI

Terima kasih buat Illaziela Rasim dari Kampung Padang Balang, Sentul, KL yang menempah choclate sponge dan vanila sponge cake untuk birthday anak2nya iaitu Siti Norazmira & Siti Norshafikah (kek princess) dan Muhammad Amirul Haikal & Muhammad Azril (kek boboi boy) pada 9hb Oktober 2011. Terima kasih sekali lagi sebab sudi menempah dari akak yang amatur ini. Maaf sekiranya terdapat kesilapan atau tidak memenuhi selera keluarga.

14TH ANNIVERSARY

Ni gambar cake untuk anniversary akak yg ke 14. Tapi kek beli je, yalah takan nak buat pulak, tak supriselah kan. Tapi tulah ya kek yang dibeli dikedai kek ni kadang2 dah lama dan tak fresh. Tapi bolehlah dlm kes akak ni, apa2pun terima kasih pada hubby yang rajin beli kek ni dan bawak kami anak beranak makan kat Pizza Hut. Tak sangka jugak dah 14 tahun kahwin dan anak2pun dah besar (kecuali yg bongsu, baru 3 tahun-buah hati ibu-abah, kakak2 dan abangnya). Alhamdulillah syukur kepada tuhan yang memberi rezeki dan melindungi kami sekeluarga.amin.

Thursday, September 22, 2011

RESEPI BISKUT MAKMUR KEGEMARAN RAMAI



Bahan2

Doh
1kg tepung gandum
450ml minyak sapi (cairkan atas api atau masukkan aje kedlm microwave)

Inti
Kacang tanah ) - disangai dan blend kasar
Gula caster    ) - secukupnya

Saduran
Gula aising

Cara2
  • Campurkan minyak sapi kedlm tepung gandum secara sedikit2 sehingga boleh diuli
  • bulatkan doh dan isikan inti ditengahnya
  • bakar pada suhu 180C (atau sehingga sedikit kuning dibawahnya dan doh merekah sedikit)
  • biarkan sejuk sebentar, kemudian golekkan kedalam gula aising
  • boleh diisi kedlm paper cup jika suka
 Mudahkan, apalagi bolehlah cuba...

Sunday, September 18, 2011

Tempahan untuk Open House

Assalammualaikum teman2, lama gak k ita tak update blog ya, maaflah tak berkesempatan.... alhamdulillah agak sibuk memenuhi tempahan pelanggan. Berikut k ita masukkan gambar tempahan utk open house dari Intan Erani dari Subang Jaya (10 & 18 Sept). 10 hb - 40pcs fruit tart, 40 pcs cheese tart(maaf gambar tak sempat snap) & 100 pcs roti jala beserta kari ayam dan 18hb - 100 pcs fruit tart. Terima kasih ya Intan kerana tak jemu2 menempah dari k ita, diharap segala tempahan memenuhi selera keluarga.

Monday, August 22, 2011

HAMPIR SELESAI! AHH! LEGA!!!

Sekali lagi Kak Ita mengucapkan ribuan terima kasih kepada teman2 yang menempah seperti Effa dari Apartment Idaman, Mira dari Kodak, Aliz dari Farmasi Uni Damai, Intan Erani dari Subang (regular customer), Fina dari IBM, Aisyah (schoolmate), family terdekat dan lain2 kerana sudi menempah kukis raya dari k ita. Diharap menepati selera dan semoga bergembira dihari raya yang bakal menjelang. Wpun begitu masih ada sedikit lagi yg perlu dibereskan sebelum oven k ita diselimutkan buat sementara (diapun dah penat, sib baik tak pandai cakap he he..)


Sebahagian dari tempahan pelanggan yang telah di ambil


Add caption


Terima kasih teman2


Kueh tat memang ngetop, tak de kueh tat tak leh raya he he


Order kek kukus dari Fina (IBM) tuk father in lawnya, harap filnya happy


Order orange sponge cake dari sister in law, thanks sis (gambar kek dah terdelete)
 Ralat : Maaf sekiranya ada yang tak disebut namanya dalam page ini ya

Tuesday, August 16, 2011

MINGGU SEBOK!!!

Masih mengejar dateline, alhamdulillah, terima kasih kepada teman2 dan pelanggan dialam maya atas sokongan kalian...


  








BISKUT RAYA - 1ST BATCH YG KELUAR DR DAPUR NORREL COOKIES


Ni 1st batch yg keluar dr dapur norrel cookies pada minggu
 pertama puasa untuk Intan Erani dari Subang, t kasih ya, jauh
kukis ni nak terbang tau he he..



Ni pulak tempahan dari Fena dari IBM sebanyak 250pcs (tak sempat snap gambar biskut makmur banyak2 tu sbb tuannya dah datang amik pd 2nd week puasa)





Ni jugak tempahan dari Fena dari IBM sebanyak 400 pcs (ni kes sama gak la), Fena juga menempah biskut cornflakes sebanyak 50 pcs. Terima kasih ya..

Monday, August 15, 2011

Birthday Anak-anak


Assalammualaikum teman2, sebenarnya birthday anak2 ni sebulan yg lepas, tapi tak berkesempatan nak post. Acara dibuat 2 orang sekaligus sbb ibunya tak larat nak buat berkali2 (al maklum dalam bulan July ni aje ada 3 bday, so jimat kos, jimat tenaga, dibuat sekalilah, yg satu lg tu tuk ibunya, jauh sket, akhir bulan, so tak yah buat dulu ya tak... anak2 bagi diorang seronok, kita ni dah tua, dah puas dah ya tak)

Bday untuk anak akak yg sulong, Nurina Syahirah (13) lahir 9.7.1998 dan Muhammad Faris Iskandar (3) lahir 17.7.2008 tapi acara berlangsung pada 17.7.2011, so kakaknya kena mengalahlah sikit. Dibawah ini kak ita masukkan gambar acara tersebut, sekadar berkongsi cerita.


Birthday Girl - Nurina Syahirah (13) - Blueberry cheese cake dan
Birthday Boy - Muhammad Faris Iskandar (3) - Orange Sponge Cake



Monday, August 1, 2011

Tempahan Cheese Tart Pelbagai Perisa

Tempahan Cheese Tart dengan perisa blueberry, strawberry, kiwi, orange dan coklat dari Intan Erani dari USJ kalau tak silap katanya, tapi deliver tok ibunya di Damansara Utama - terima kasih ya Intan, enjoy.

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Hari ini adalah hari pertama kita menunaikan rukun islam yang ketiga. Selamat berpuasa teman2 yang beragama islam tak kira dimana anda berada. Tahun ini merupakan tahun pertama kami sekeluarga berpuasa setelah sekembalinya ketanah air dari Australia, Dec tahun lepas. Perasaan gembira tak terkata menyambut ramadhan ditanah air sendiri.

Dua tahun di luar negara mengimbau kerinduan yang meluap2 terhadap keseronokan berpuasa di Msia. Kadang2 terbau2 makanan yang banyak terjual di pasar ramadhan yang tentunya tiada disana. Rindu terhadap sembahyang tarawikh beramai2 dan sekaligus menunaikan solat hari raya menjelang aidil fitri. Namun kak ita kerjakan juga solat tarawikh disana walaupun hanya dirumah dan macam2 lagi.

Terdapat dua keluarga Msia yg telah diistihar penduduk tetap yg meneman kami disana, jadi tidaklah sunyi sangat. Kami juga bertandang kerumah masing2 setiap hujung minggu membawa bersama juadah yang mampu disediakan dengan sumber makanan halal yang terhad. Menjelang hari raya kami adakan jua makan2 bersama juadah Msia yang tidak kurang juga hebatnya. Mungkin kekurangan bahan mentah menjadikan kami lebih kreatif. Merekalah keluarga kami disana, rasanya sangat akrab dan sayu meninggalkan mereka yg jauh. Dibawah ini k ita sertakan gambar2 ramadhan dan hari raya selama kami di sana. Selamat berpuasa teman2ku di Victoria, New South Wales dan Melbourne.


Anak2 k ita seronok berbaque walaupun dalam cuacu winter yg sejuk dibulan puasa


Hubby akak juga turun padang menyediakan roti canai home made untuk bersahur


Beberapa minggu sebelum aidil fitri, anak2 mengambil kesempatan menulis dan menghantar kad raya untuk keluarga di Msia
Sambil tu kena jugak siapkan kerja sekolah dan mengaji, sampai nak tertidur ya

Bergambar kenangan hari raya 2010 bersama teman2

Beberapa jenis kueh raya yg sempat di buat


Hidangan sempena aidil fitri dirumah k ita bersama juadah yg dibawa teman2


Sempat juga berbaque eh!!


Baby pun dah pandai makan barbeque lamb




Bersama keluarga Bob & Fiza serta anak2 dan mak & pak Fiza


Gembira walau didapur he he..



Barbeque lamb hasil air tangan Tini dan Faizal... best kan





Thursday, July 14, 2011

BISKUT RAYA 2011 - PROMOSI HEBAT - HARGA BAWAH RM20!! SEDAP DAN MURAH!! MARI! MARI!

Biskut Tat Nenas
RM20 (45-48 pcs)

Biskut Kelapa Oat - RM18 (48-50 pcs)

 
Biskut Nig Nog - RM20 (48-50 pcs)


Biskut Conflakes Crunch - RM18 (48-50 pcs)
 

Biskut Nestum Love - RM18 (48-50 pcs)


Biskut Dark Piping - RM19 (48-50 pcs)


Biskut Almond London - RM 20 (48-50 pcs)


Biskut Makmur - RM18 (48-50 pcs)


Biskut Udang asin - RM19 (48-50pcs)

Biskut Gajus
RM20 (48-50 pcs)

JUGA MENGAMBIL TEMPAHAN KEK KUKUS BASAH