Oh ya ni, nak cerita sikit peristiwa pagi tadi, selepas k ita gi exercise dan nak balik kerumah, ternampaklah seorang budak perempuan - dari jauh nampak macam anak india tetapi sebenarnya anak negro (siap berdandan halus mcm dlm tv tu) berjalan sorang sambil menangis mengesek mata, tanpa memandang kenderaan yg menuju kearahnya, apalagi akak pun terus seberang jalan dan mendapatkannya. Bimbang di langgar kereta atau diapa2kan pihak2 tak bertanggung jawab (faham2 ajelah anak perempuan). Nasib baik budak tu boleh berbahasa inggeris, lepas ditanya dimana emaknya dan rumahnya, masih belum juga dapat jawapan yg pasti, ditambah2 dia asyik menangis dan agak sukar utk memahami apa yg diperkatakan.
Dari akak seorang makin bertambah ramai yg singgah bertanya kan halnya dan ada seorang sekuriti tu agak takut utk melaporkan pada polis sbb takut dia akan terlibat sama, ada ka patut, akak pun sound lah jgnlah begitu awak tu sekuriti, tolonglah sikit... akhirnya dia bersedia menolong dan perlu ke post sekuriti yg lagi satu, oklah. Berbalik pd budak perempuan negro tu tadi yg berusia 4 tahun, setelah ditanya datang dari arah mana, diapun menunjukkan arah rumahnya (cuak jgk sbb tiada negro yg tinggal kawasan rumah kami rasanya) tapi takpelah ikutkan jugalah dia, sambil memegang tangannya hingga sampai kerumah. Alhamdulillah ada rupanya maknya, pakciknya, rupanya mereka tak sedar dia keluar. Maknya cakap dia nak ikut maknya pergi kerja, tapi hari tu tak keja, so dlm masa bersiap2 tu anaknya dah keluar sendiri (sebenarnya budak tu agak bijak wpun baru berusia 4 tahun dah pandai tunjuk jln rumah ya tak).
Sebenarnya kejadian hari ni merupakan balas budi yg akak pernah terima masa anak2 akak kecik dulu, pernah anak akak terlepas dari tadika dan terus berlari kerumah yg agak jauh dari situ... mujur Allah swt menghantar hambanya yg baik menolong membawa anak2 akak pulang kerumah, alhamdulillah. Mana kita akan tahu bgmana nak balas budi org yg menolong tu, rupa2nya hari ni lah hari itu, alhamdulillah dan satu lagi rupanya org negro tu berugama islam, ibunya siap bertudung lagi.
No comments:
Post a Comment