Hai teman2... sorrylah lama k ita tak update blog, bukan apa, agak sibuk, maklum dgn anak2 yg sedang bercuti dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Namun begitu ada jgk aktiviti memasak, walau tuan rumah dalam keaadaan berdiet (sebenarnya menjaga kesihatan), tapi kadang2 tu kena jugak masakkan makanan kegemaran anak2, cuma maknya jelah kena tahan selera. Alhamdulillah dengan senaman yg regular dan penjagaan makanan telah menunjukkan penurunan berat badan. Bukan sahaja badan rasa ringan tetapi juga segar dan mudah melakukan kerja2 rumah dan memenuhi aktiviti anak2. Doakan k ita terus berjaya ya. Ok disebabkan anak2 memang sukakan roti pita atau roti poket (pengaruh luar negara la ni), dan agak sukar untuk mendapatkannya dikawasan rumah akak ni, maka terjumpalah satu resepi mudah dalam Myresepi.com oleh erna. Ok akak c&p ajelah ya, harap erna tak marah. Anyway memang mudah, sedap dan sekejap je dah siap juga seronok tengok masa roti tu mengembang dalam oven.... isi atau intinya terpulang kepada kegemaran teman2 ya... anak2 k ita ada yg letak inti nugget+salad+tomato+mayo+cili sos, ada yg letak scramble egg dan ada juga letak sosej, sesuka hati merekalah, sekejap je dah licin satu adunan...alhamdulillah
Bahan2
Bahan2
- 200g tepung roti
- 50g tepung gandum
- 150g air
- 5g gula
- 5g garam
- 15g olive oil/minyak masak
- 2.5g dry yeast
Cara-cara
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
- Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
- Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
- Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
- *** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.
No comments:
Post a Comment