Blog ini milik bumiputra dan muslim. Penyediaan makanannya menitik beratkan asas yang halal dan bersih kerana makanan yang halal menghasilkan insan dan keturunan yang beriman
Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts
Wednesday, October 19, 2011
Sunday, June 12, 2011
Red Velvet Cupcakes
| Gambar dalam oven.. comotlah sket, ni kes nak cepat ni, takpe dah naik adunan kang tak nampak comot dah |
Red Velvet Cupcakes ni buat untuk jiran sebelah rumah (anaknya bertunang). Sebenarnya ada 2 warna - pink dan hijau, tapi entah camana terdelete gambar yg pink tu... apa nak buat, tak dapatlah nak jamu mata ya tak. Takpelah next time ok!!
Sunday, March 20, 2011
SPONGE CAKE
Resepi diambil dari buku Alex Goh (telah diuji beberapa kali)
Ha, ni lagi satu resepi yang dikongsi dalam website "Kongsi Resepi". Kek span ni memang sedap dan memang di ingatkan biasanya perlu dicuba beberapa kali sebelum dapat teknik yang mudah untuk membuatnya. Tapi bagi yang pakar tu, petik jari jelah kan, eh bukan, petik mixer jelah kan, he he... try dulu lah ya, sure cannot resist...
Bahan-bahan (Saiz kek : 11" x 9" (anggaran) )
6 biji telur (Gr B) (buang tali pusatnya untuk elak kek berbau hanyir)
150gm gula castor
Esen Vanila
100gm tepung naik sendiri
20gm tepung jagung
80gm butter (cairkan dan biar sejuk)
Cara-cara
- Pukul telur, gula dan esen vanilla hingga gebu dan lembut (pekat)
- Masukkan tepung naik sendiri & tepung jagung(kedua-duanya diayak bersama) dan putar/pukul sebentar (sekadar adunan telur dan tepung sebati) Peringatan : jangan pukul terlalu lama, nanti kek akan jadi berat dan akan jadi bengkang pula nanti!)
- Masukkan butter yang telah dicairkan dan kacau sebati
- Masukkan adunan kedalam acuan yang di lapik kertas minyak (untuk mudah mengeluarkan kek) dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak. (uji dgn mencucuk lidi ditengah kek)
- Sekiranya berhajat untuk membuat kek sponge coklat, tambahkan 20gm serbuk koko dan kurangkan tepung sebanyak 20gm juga.
- Kek ini nampak mudah, tetapi penyediaan dan cara-cara yang teliti amat penting untuk mendapatkan kek yang gebu, benar2 seperti sponge.
- Kek ini akan turun sedikit selepas dikeluarkan dari oven.
- Selamat mencuba.
CHEESE CAKE
Assallammualakum, berjumpa lagi dipagi Isnin nan syahdu... ni nak kongsi resepi kek cheese (bukan cis! ya he he). Sebenarnya resepi ni diambil dari buku RASA lamalah jugak dan dah dikongsi dalam "Kongsi Resepi", tapi takpelah mungkin tak tengok lagi kat situkan... tapi gambarnya ala2 jelah, sebab masa ni tak de nak posing sangat2 dan tak terfikir nak bukak blog, lagipun ni gambar 2 tahun lepas, tapi masih terasa kesedapannya, ahai..... cuma satu, makan tak leh hadap semua, kang masuk spital, jangan cari akak ya... ok mari lihat resepinya..
Bahan2
500gm cream cheese
125gm butter
250ml susu segar
6 biji putih telur
6 biji kuning telur
170gm gula castor
70gm tepung gandum
35gm tepung jagung
1 sudu makan serbuk koko
sedikit perahan lemon
Cara-cara
- Satukan cream cheese, butter dan susu segar didalam mangkuk tahan panas. Letak diatas air mendidih, perlahan dan kacau rata sehingga adunan halus dan licin, biarkan sejuk, ketepikan.
- Putar putih telur hingga kental dan masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar lagi hingga kental, ketepikan.
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kuning telur serta perahkan lemon kedalam adunan cream cheese tadi dan pukul rata.
- Kemudian masukkan pula adunan putih telur dan gaul sebati.
- Ambil 2 sudu makan adunan tadi, campurkan dengan serbuk koko dan kacau rata, ketepikan.
- Tuang semua adunan kedalam bekas acuan yang dilapik kertas kalis minyak.
- Titis adunan koko tadi keatas kek bentuk memanjang kemudian lorekkan dengan hujung pisau.
- Letak dalam bekas berisi air panas (supaya kek tak kering) dan bakar pada suhu 165C, selama sejam atau sehingga masak.
Subscribe to:
Posts (Atom)