Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Hari ini adalah hari pertama kita menunaikan rukun islam yang ketiga. Selamat berpuasa teman2 yang beragama islam tak kira dimana anda berada. Tahun ini merupakan tahun pertama kami sekeluarga berpuasa setelah sekembalinya ketanah air dari Australia, Dec tahun lepas. Perasaan gembira tak terkata menyambut ramadhan ditanah air sendiri.

Dua tahun di luar negara mengimbau kerinduan yang meluap2 terhadap keseronokan berpuasa di Msia. Kadang2 terbau2 makanan yang banyak terjual di pasar ramadhan yang tentunya tiada disana. Rindu terhadap sembahyang tarawikh beramai2 dan sekaligus menunaikan solat hari raya menjelang aidil fitri. Namun kak ita kerjakan juga solat tarawikh disana walaupun hanya dirumah dan macam2 lagi.

Terdapat dua keluarga Msia yg telah diistihar penduduk tetap yg meneman kami disana, jadi tidaklah sunyi sangat. Kami juga bertandang kerumah masing2 setiap hujung minggu membawa bersama juadah yang mampu disediakan dengan sumber makanan halal yang terhad. Menjelang hari raya kami adakan jua makan2 bersama juadah Msia yang tidak kurang juga hebatnya. Mungkin kekurangan bahan mentah menjadikan kami lebih kreatif. Merekalah keluarga kami disana, rasanya sangat akrab dan sayu meninggalkan mereka yg jauh. Dibawah ini k ita sertakan gambar2 ramadhan dan hari raya selama kami di sana. Selamat berpuasa teman2ku di Victoria, New South Wales dan Melbourne.


Anak2 k ita seronok berbaque walaupun dalam cuacu winter yg sejuk dibulan puasa


Hubby akak juga turun padang menyediakan roti canai home made untuk bersahur


Beberapa minggu sebelum aidil fitri, anak2 mengambil kesempatan menulis dan menghantar kad raya untuk keluarga di Msia
Sambil tu kena jugak siapkan kerja sekolah dan mengaji, sampai nak tertidur ya

Bergambar kenangan hari raya 2010 bersama teman2

Beberapa jenis kueh raya yg sempat di buat


Hidangan sempena aidil fitri dirumah k ita bersama juadah yg dibawa teman2


Sempat juga berbaque eh!!


Baby pun dah pandai makan barbeque lamb




Bersama keluarga Bob & Fiza serta anak2 dan mak & pak Fiza


Gembira walau didapur he he..



Barbeque lamb hasil air tangan Tini dan Faizal... best kan





No comments:

Post a Comment