Blog ini milik bumiputra dan muslim. Penyediaan makanannya menitik beratkan asas yang halal dan bersih kerana makanan yang halal menghasilkan insan dan keturunan yang beriman
Wednesday, June 14, 2017
Salam Rindu
Assalammualaikum pembaca semua... Sudah lama tidak menulis di blog ini. Tiba2 rindu datang menjengah... Dunia kulinari sememangnya sangat indah, sukar dilupakan.... Maaf ya entri ini hanya seketika.. nanti bila ada masa yg sesuai akan akak update sepenuhnya.. maaf sekali lg.. Salam rindu sekali lagi
Monday, June 30, 2014
Tempahan Biskut Raya 2014
As salam buat pengunjung blog NCC, sudah lama tidak update blog, sorrylah agak sibuk ngan tugasan harian... Bagaimana puasa anda dan keluarga, terutama anak-anak. Tentunya yang menjadi pemangkin untuk kita turun kedapur tentulah untuk menjamu selera anak2 setelah penat seharian mereka berpuasa. Cuma satu yg akak ingin tekankan, ajarlah anak kita berpuasa mengikut tingkatan usianya. Janganlah kita terlalu memaksa kerana sekiranya dipaksa, ianya akan meninggalkan memori perit dan salah faham anak kita itu yang menyangka Islam itu susah, dan berpuasa itu hanyalah bebanan, sedangkan sekiranya anak2 kita sudah memahami dan bersedia dr segi lahiriah dan batiniah, tentu bukan susah untuk dikerjakan. Amboi memanjang2 pulak ayat akak ya.
Ok akak kembali semula ke tajuk utama, tahun ini, syukur Allah swt panjangkan umur dan berikan kudrat untuk berpuasa dan menyambung minat akak tiap2 tahun, insyallah. Berikut biskut2 raya yang akak ambik tempahannya tahun ini, tak banyak beza tapi ada tambahan, mari kita tinjau2 ok :
Ok akak kembali semula ke tajuk utama, tahun ini, syukur Allah swt panjangkan umur dan berikan kudrat untuk berpuasa dan menyambung minat akak tiap2 tahun, insyallah. Berikut biskut2 raya yang akak ambik tempahannya tahun ini, tak banyak beza tapi ada tambahan, mari kita tinjau2 ok :
Biskut Almond London Classic (RM25.00 - (47-50 pcs)
Biskut Snowy Oat (RM23.00 - (47-50 pcs)
Yang ni rupa dlm snowy oat (sangat sedap)
Biskut Samprit Dahlia (RM23.00 - 47-50 pcs)
Chocolate Oat Cookies (RM25.00 - 47-50 pcs)
(sangat sedap dan ranggup!)
Biskut Tat Nenas Gulung legend (RM25 - 47-50 pcs)
Biskut Mazola (RM23 - 47-50 pcs)
Tempahan masih dibuka, cepat2, rugi tak order, serius sedap. Kalau boleh call ya sebab, email akak ada problem....
Monday, March 3, 2014
ACUAN KUEH TRADISIONAL
As salam pengunjung yang sudi bertamu, salam selasa dari saya, jom kita tengok acuan yang pelbagai ini.. tentunya sesetengahnya meninggalkan memori yang tersendiri, jom tengok..
Acuan kueh bahulu cermai
Acuan kueh cara
Acuan kueh ros/goyang (mak saya panggil camni)
Acuan kueh putu
Acuan kueh kapit
Acuan kueh tat (salah satunya)
Acuan kueh maruku (pun salah satunya)
Acuan roti jala
Monday, February 24, 2014
Sunday, February 23, 2014
Choclate Moist Cup Cake
Tempahan dibuka , amat dialu2kan untuk door gift perkahwinan, kuantiti melebihi 1,000 pcs, harga boleh dirunding..t ksh
Sunday, June 30, 2013
Biskut Raya 2013 (Murah dan berbaloi)
Assalammualaikum para pembaca budiman dan teman2 yang melewati blogku ini. Maaf beribu kemaafan kerana telah lama mengabaikan rumah ini yang telah bersawang disana sini. Ini merupakan entri pertama setelah hampir 2 tahun tidak menjengah.. semuanya kerana hal2 yang tidak dapat dielakkan.. namun rindu kembali menggamit kedunia kulinari ku ini... memang tidak boleh dipisahkan... namun entri kali ini hanyalah entri pendek (namun ku janji insyallah selepas ini akan lebih kerap ku lawati).. Entri kali ini berkenaan sekot raya..apalagi kalau buka tempahan.... insyallah akan sedap dan lazat seperti dahulu...
Biskut Crunchy Cornflakes (50 pcs RM20.00)
Biskut Samprit Dahlia (50 pcs RM20.00)
Biskut Maakmur (50 pcs RM20.00)
Biskut Almond London (48-50 pcs RM23.00)
(Maaf gambar tidak dapat dimasukkan buat sementara waktu, tetapi teman2 boleh tengok di ruangan Biskut Raya 2011 diatas)... terima kasih.
Assalammualaikum para pembaca budiman dan teman2 yang melewati blogku ini. Maaf beribu kemaafan kerana telah lama mengabaikan rumah ini yang telah bersawang disana sini. Ini merupakan entri pertama setelah hampir 2 tahun tidak menjengah.. semuanya kerana hal2 yang tidak dapat dielakkan.. namun rindu kembali menggamit kedunia kulinari ku ini... memang tidak boleh dipisahkan... namun entri kali ini hanyalah entri pendek (namun ku janji insyallah selepas ini akan lebih kerap ku lawati).. Entri kali ini berkenaan sekot raya..apalagi kalau buka tempahan.... insyallah akan sedap dan lazat seperti dahulu...
Biskut Crunchy Cornflakes (50 pcs RM20.00)
Biskut Samprit Dahlia (50 pcs RM20.00)
Biskut Maakmur (50 pcs RM20.00)
Biskut Almond London (48-50 pcs RM23.00)
(Maaf gambar tidak dapat dimasukkan buat sementara waktu, tetapi teman2 boleh tengok di ruangan Biskut Raya 2011 diatas)... terima kasih.
Thursday, December 22, 2011
Thursday, December 15, 2011
SEKADAR BERKONGSI CERITA...
Oh ya ni, nak cerita sikit peristiwa pagi tadi, selepas k ita gi exercise dan nak balik kerumah, ternampaklah seorang budak perempuan - dari jauh nampak macam anak india tetapi sebenarnya anak negro (siap berdandan halus mcm dlm tv tu) berjalan sorang sambil menangis mengesek mata, tanpa memandang kenderaan yg menuju kearahnya, apalagi akak pun terus seberang jalan dan mendapatkannya. Bimbang di langgar kereta atau diapa2kan pihak2 tak bertanggung jawab (faham2 ajelah anak perempuan). Nasib baik budak tu boleh berbahasa inggeris, lepas ditanya dimana emaknya dan rumahnya, masih belum juga dapat jawapan yg pasti, ditambah2 dia asyik menangis dan agak sukar utk memahami apa yg diperkatakan.
Dari akak seorang makin bertambah ramai yg singgah bertanya kan halnya dan ada seorang sekuriti tu agak takut utk melaporkan pada polis sbb takut dia akan terlibat sama, ada ka patut, akak pun sound lah jgnlah begitu awak tu sekuriti, tolonglah sikit... akhirnya dia bersedia menolong dan perlu ke post sekuriti yg lagi satu, oklah. Berbalik pd budak perempuan negro tu tadi yg berusia 4 tahun, setelah ditanya datang dari arah mana, diapun menunjukkan arah rumahnya (cuak jgk sbb tiada negro yg tinggal kawasan rumah kami rasanya) tapi takpelah ikutkan jugalah dia, sambil memegang tangannya hingga sampai kerumah. Alhamdulillah ada rupanya maknya, pakciknya, rupanya mereka tak sedar dia keluar. Maknya cakap dia nak ikut maknya pergi kerja, tapi hari tu tak keja, so dlm masa bersiap2 tu anaknya dah keluar sendiri (sebenarnya budak tu agak bijak wpun baru berusia 4 tahun dah pandai tunjuk jln rumah ya tak).
Sebenarnya kejadian hari ni merupakan balas budi yg akak pernah terima masa anak2 akak kecik dulu, pernah anak akak terlepas dari tadika dan terus berlari kerumah yg agak jauh dari situ... mujur Allah swt menghantar hambanya yg baik menolong membawa anak2 akak pulang kerumah, alhamdulillah. Mana kita akan tahu bgmana nak balas budi org yg menolong tu, rupa2nya hari ni lah hari itu, alhamdulillah dan satu lagi rupanya org negro tu berugama islam, ibunya siap bertudung lagi.
Roti Poket
Hai teman2... sorrylah lama k ita tak update blog, bukan apa, agak sibuk, maklum dgn anak2 yg sedang bercuti dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Namun begitu ada jgk aktiviti memasak, walau tuan rumah dalam keaadaan berdiet (sebenarnya menjaga kesihatan), tapi kadang2 tu kena jugak masakkan makanan kegemaran anak2, cuma maknya jelah kena tahan selera. Alhamdulillah dengan senaman yg regular dan penjagaan makanan telah menunjukkan penurunan berat badan. Bukan sahaja badan rasa ringan tetapi juga segar dan mudah melakukan kerja2 rumah dan memenuhi aktiviti anak2. Doakan k ita terus berjaya ya. Ok disebabkan anak2 memang sukakan roti pita atau roti poket (pengaruh luar negara la ni), dan agak sukar untuk mendapatkannya dikawasan rumah akak ni, maka terjumpalah satu resepi mudah dalam Myresepi.com oleh erna. Ok akak c&p ajelah ya, harap erna tak marah. Anyway memang mudah, sedap dan sekejap je dah siap juga seronok tengok masa roti tu mengembang dalam oven.... isi atau intinya terpulang kepada kegemaran teman2 ya... anak2 k ita ada yg letak inti nugget+salad+tomato+mayo+cili sos, ada yg letak scramble egg dan ada juga letak sosej, sesuka hati merekalah, sekejap je dah licin satu adunan...alhamdulillah
Bahan2
Bahan2
- 200g tepung roti
- 50g tepung gandum
- 150g air
- 5g gula
- 5g garam
- 15g olive oil/minyak masak
- 2.5g dry yeast
Cara-cara
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
- Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
- Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
- Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
- *** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.
Saturday, November 12, 2011
TEMPAHAN PERKAHWINAN BLUEBERRY MUFFIN
Monday, November 7, 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Assalammualaikum, entry ni sebenarnya telah dibuat sehari sebelum Aidil Adha, namun atas sebab2 tertentu hanya tersimpan dlm komputer, tak sempat nak post. Apa boleh buat kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan, ya tak. Wbagaimanapun rasanya tak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban buat semua teman2 yang menjengah blog k ita ini. Tentu ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman menjenguk ibu bapa yang selalu menanti kepulangan kita ya tak. Sentiasalah mengambil tahu kesihatan dan perasaan ibu bapa kita ya, kalaupun tidak boleh selalu pulang ke kampung, tapi kan dengan segala teknologi yang ada tentunya tak susah untuk bertanya khabar atau berbual sepatah dua kata. Capai aje talipon, ha dah dapat dengar suara. Tentunya mereka sangat gembira walaupun sekejap, bayangkan kita bila dah tua nanti menghadapi situasi yang sama, tentunya amat sunyi dan rindu bila anak2 dah besar dan bekerja pula diperantauan, bayangkanlah... Dibawah ini k ita, sertakan gambar2 sekitar Aidil Adha yg lepas....
Oh ya dikesempatan ini k ita masukkan gambar order kek buah kukus dari Kak Ju dan sekot mazola dari schoolmate akak, ya kami masih berhubung (semuanya dgn jasa facebook), Shahrizat Badrul yg still come, he he...
Wednesday, October 19, 2011
TEMPAHAN BLUEBERRY CHEESE CAKE
Sunday, October 9, 2011
BIRTHDAY CAKE LAGI
14TH ANNIVERSARY
Monday, October 3, 2011
Thursday, September 22, 2011
RESEPI BISKUT MAKMUR KEGEMARAN RAMAI
Bahan2
Doh
1kg tepung gandum
450ml minyak sapi (cairkan atas api atau masukkan aje kedlm microwave)
Inti
Kacang tanah ) - disangai dan blend kasar
Gula caster ) - secukupnya
Saduran
Gula aising
Cara2
- Campurkan minyak sapi kedlm tepung gandum secara sedikit2 sehingga boleh diuli
- bulatkan doh dan isikan inti ditengahnya
- bakar pada suhu 180C (atau sehingga sedikit kuning dibawahnya dan doh merekah sedikit)
- biarkan sejuk sebentar, kemudian golekkan kedalam gula aising
- boleh diisi kedlm paper cup jika suka
Sunday, September 18, 2011
Tempahan untuk Open House
Assalammualaikum teman2, lama gak k ita tak update blog ya, maaflah tak berkesempatan.... alhamdulillah agak sibuk memenuhi tempahan pelanggan. Berikut k ita masukkan gambar tempahan utk open house dari Intan Erani dari Subang Jaya (10 & 18 Sept). 10 hb - 40pcs fruit tart, 40 pcs cheese tart(maaf gambar tak sempat snap) & 100 pcs roti jala beserta kari ayam dan 18hb - 100 pcs fruit tart. Terima kasih ya Intan kerana tak jemu2 menempah dari k ita, diharap segala tempahan memenuhi selera keluarga.
Monday, August 22, 2011
HAMPIR SELESAI! AHH! LEGA!!!
Sekali lagi Kak Ita mengucapkan ribuan terima kasih kepada teman2 yang menempah seperti Effa dari Apartment Idaman, Mira dari Kodak, Aliz dari Farmasi Uni Damai, Intan Erani dari Subang (regular customer), Fina dari IBM, Aisyah (schoolmate), family terdekat dan lain2 kerana sudi menempah kukis raya dari k ita. Diharap menepati selera dan semoga bergembira dihari raya yang bakal menjelang. Wpun begitu masih ada sedikit lagi yg perlu dibereskan sebelum oven k ita diselimutkan buat sementara (diapun dah penat, sib baik tak pandai cakap he he..)
| Sebahagian dari tempahan pelanggan yang telah di ambil |
| Add caption |
| Terima kasih teman2 |
| Kueh tat memang ngetop, tak de kueh tat tak leh raya he he |
| Order kek kukus dari Fina (IBM) tuk father in lawnya, harap filnya happy |
| Order orange sponge cake dari sister in law, thanks sis (gambar kek dah terdelete) |
Tuesday, August 16, 2011
MINGGU SEBOK!!!
Masih mengejar dateline, alhamdulillah, terima kasih kepada teman2 dan pelanggan dialam maya atas sokongan kalian...
BISKUT RAYA - 1ST BATCH YG KELUAR DR DAPUR NORREL COOKIES
| Ni 1st batch yg keluar dr dapur norrel cookies pada minggu pertama puasa untuk Intan Erani dari Subang, t kasih ya, jauh kukis ni nak terbang tau he he.. |
Ni pulak tempahan dari Fena dari IBM sebanyak 250pcs (tak sempat snap gambar biskut makmur banyak2 tu sbb tuannya dah datang amik pd 2nd week puasa)
Ni jugak tempahan dari Fena dari IBM sebanyak 400 pcs (ni kes sama gak la), Fena juga menempah biskut cornflakes sebanyak 50 pcs. Terima kasih ya..
Subscribe to:
Posts (Atom)












