Tuesday, August 16, 2011

BISKUT RAYA - 1ST BATCH YG KELUAR DR DAPUR NORREL COOKIES


Ni 1st batch yg keluar dr dapur norrel cookies pada minggu
 pertama puasa untuk Intan Erani dari Subang, t kasih ya, jauh
kukis ni nak terbang tau he he..



Ni pulak tempahan dari Fena dari IBM sebanyak 250pcs (tak sempat snap gambar biskut makmur banyak2 tu sbb tuannya dah datang amik pd 2nd week puasa)





Ni jugak tempahan dari Fena dari IBM sebanyak 400 pcs (ni kes sama gak la), Fena juga menempah biskut cornflakes sebanyak 50 pcs. Terima kasih ya..

Monday, August 15, 2011

Birthday Anak-anak


Assalammualaikum teman2, sebenarnya birthday anak2 ni sebulan yg lepas, tapi tak berkesempatan nak post. Acara dibuat 2 orang sekaligus sbb ibunya tak larat nak buat berkali2 (al maklum dalam bulan July ni aje ada 3 bday, so jimat kos, jimat tenaga, dibuat sekalilah, yg satu lg tu tuk ibunya, jauh sket, akhir bulan, so tak yah buat dulu ya tak... anak2 bagi diorang seronok, kita ni dah tua, dah puas dah ya tak)

Bday untuk anak akak yg sulong, Nurina Syahirah (13) lahir 9.7.1998 dan Muhammad Faris Iskandar (3) lahir 17.7.2008 tapi acara berlangsung pada 17.7.2011, so kakaknya kena mengalahlah sikit. Dibawah ini kak ita masukkan gambar acara tersebut, sekadar berkongsi cerita.


Birthday Girl - Nurina Syahirah (13) - Blueberry cheese cake dan
Birthday Boy - Muhammad Faris Iskandar (3) - Orange Sponge Cake



Monday, August 1, 2011

Tempahan Cheese Tart Pelbagai Perisa

Tempahan Cheese Tart dengan perisa blueberry, strawberry, kiwi, orange dan coklat dari Intan Erani dari USJ kalau tak silap katanya, tapi deliver tok ibunya di Damansara Utama - terima kasih ya Intan, enjoy.

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Hari ini adalah hari pertama kita menunaikan rukun islam yang ketiga. Selamat berpuasa teman2 yang beragama islam tak kira dimana anda berada. Tahun ini merupakan tahun pertama kami sekeluarga berpuasa setelah sekembalinya ketanah air dari Australia, Dec tahun lepas. Perasaan gembira tak terkata menyambut ramadhan ditanah air sendiri.

Dua tahun di luar negara mengimbau kerinduan yang meluap2 terhadap keseronokan berpuasa di Msia. Kadang2 terbau2 makanan yang banyak terjual di pasar ramadhan yang tentunya tiada disana. Rindu terhadap sembahyang tarawikh beramai2 dan sekaligus menunaikan solat hari raya menjelang aidil fitri. Namun kak ita kerjakan juga solat tarawikh disana walaupun hanya dirumah dan macam2 lagi.

Terdapat dua keluarga Msia yg telah diistihar penduduk tetap yg meneman kami disana, jadi tidaklah sunyi sangat. Kami juga bertandang kerumah masing2 setiap hujung minggu membawa bersama juadah yang mampu disediakan dengan sumber makanan halal yang terhad. Menjelang hari raya kami adakan jua makan2 bersama juadah Msia yang tidak kurang juga hebatnya. Mungkin kekurangan bahan mentah menjadikan kami lebih kreatif. Merekalah keluarga kami disana, rasanya sangat akrab dan sayu meninggalkan mereka yg jauh. Dibawah ini k ita sertakan gambar2 ramadhan dan hari raya selama kami di sana. Selamat berpuasa teman2ku di Victoria, New South Wales dan Melbourne.


Anak2 k ita seronok berbaque walaupun dalam cuacu winter yg sejuk dibulan puasa


Hubby akak juga turun padang menyediakan roti canai home made untuk bersahur


Beberapa minggu sebelum aidil fitri, anak2 mengambil kesempatan menulis dan menghantar kad raya untuk keluarga di Msia
Sambil tu kena jugak siapkan kerja sekolah dan mengaji, sampai nak tertidur ya

Bergambar kenangan hari raya 2010 bersama teman2

Beberapa jenis kueh raya yg sempat di buat


Hidangan sempena aidil fitri dirumah k ita bersama juadah yg dibawa teman2


Sempat juga berbaque eh!!


Baby pun dah pandai makan barbeque lamb




Bersama keluarga Bob & Fiza serta anak2 dan mak & pak Fiza


Gembira walau didapur he he..



Barbeque lamb hasil air tangan Tini dan Faizal... best kan