Sunday, March 27, 2011

KEMAS

 

muffin blueberry dan pisang (2 in 1 pack) - RM6.00 (harga promotion)

Salam, kali ni kita lari sedikit dari tajuk beri resepi ya, ni saja nak masukkan gambar "Try Test Market" ha ha... tak sangka kejap je licin.. syukurrr


kek labu kurma dan yg hitam tu kek prun (masing2 seberat 350g dan berharga RM12.00 setiap satu

Minggu lepas kak ita ada buat sikit jualan untuk kawan2 kakak di KEMAS, iaitu muffin blueberry dan pisang (2 in 1 pack), kek labu kurma (untuk melihat lebih banyak gambar kek boleh pergi ke rumah saya yg satu lagi, http://norrelcookiesandcakes.blogspot.com) dan kek prune. Terima kasih buat Kak Hanim yg merupakan guru tadika KEMAS di Kampung Padang Balang, yang rajin memperkenalkan kepada ibu2 dan guru2 disana dan yang bestnya semasa akak pegi keTadika Kemas tersebut, ada pulak lawatan ke Balai Bomba Taman Melewar. Dan lagi yg gempaknya, akak bersama 2 orang anak akak dapat merasa menaiki trak/kereta bomba tersebut (peluang seumur hidup ni!), kalau tak kerana ikut mereka ke sana tak dapatlah kami merasa pengalaman tersebut, syok habis... gamat ngan suara siren dan anak2 tadika (kebetulan trip akak tu pulak bersama sekumpulan gadis2 kecil (anak2 tadika KEMAS yg perempuanlah ni maksudnya) apalagi menjerit2lah, gamat gaklah dalam trak tu. Sesudah itu ada pulak aktiviti pancutan air, habis basah kami dek air yg meninggi laksana banguna 2 tingkat... peristiwa ini pasti kami kenang... terima kasih TADIKA KEMAS KAMPUNG PADANG BALANG .. nanti akak upload gambarnya ya..

ni kek labu kurma seberat 350gm atau acuan 7X3".. memang sodap, baupun mengancam!!


Seperti dijanjikan akak uploadkan gambo masa pergi Bomba, tapi gambonya tak begitu cantik kerana hanya menggunakan handphone, yalah tak tau nak ke sana ya tak, apa2halpun layan jelah key..

Anak2ku sedang menunggu giliran untuk menaiki kereta bomba





Sorang Mat Bomba sedang menerangkan cara2 memakai safety life jacket

 


Kakakku "Cikgu Hanim" yang menjayakan lawatan ini


Khusyuknya anak2 tadika Kemas Padang Balang mendengar penerangan yang diberikan


Sunday, March 20, 2011

SPONGE CAKE

 Resepi diambil dari buku Alex Goh (telah diuji beberapa kali)


Ha, ni lagi satu resepi yang dikongsi dalam website "Kongsi Resepi". Kek span ni memang sedap dan memang di ingatkan biasanya perlu dicuba beberapa kali sebelum dapat teknik yang mudah untuk membuatnya. Tapi bagi yang pakar tu, petik jari jelah kan, eh bukan, petik mixer jelah kan, he he... try dulu lah ya, sure cannot resist...


Bahan-bahan (Saiz kek : 11" x 9" (anggaran) )
6 biji telur (Gr B) (buang tali pusatnya untuk elak kek berbau hanyir)
150gm gula castor
Esen Vanila
100gm tepung naik sendiri
20gm tepung jagung
80gm butter (cairkan dan biar sejuk)

Cara-cara

  • Pukul telur, gula dan esen vanilla hingga gebu dan lembut (pekat)  
  • Masukkan tepung naik sendiri & tepung jagung(kedua-duanya diayak bersama) dan putar/pukul sebentar (sekadar adunan telur dan tepung sebati) Peringatan : jangan pukul terlalu lama, nanti kek akan jadi berat dan akan jadi bengkang pula nanti!)
  • Masukkan butter yang telah dicairkan dan kacau sebati
  • Masukkan adunan kedalam acuan yang di lapik kertas minyak (untuk mudah mengeluarkan kek) dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak. (uji dgn mencucuk lidi ditengah kek)
  • Sekiranya berhajat untuk membuat kek sponge coklat, tambahkan 20gm serbuk koko dan kurangkan tepung sebanyak 20gm juga.
  • Kek ini nampak mudah, tetapi penyediaan dan cara-cara yang teliti amat penting untuk mendapatkan kek yang gebu, benar2 seperti sponge.
  • Kek ini akan turun sedikit selepas dikeluarkan dari oven.
  • Selamat mencuba.

    CHEESE CAKE



    Assallammualakum, berjumpa lagi dipagi Isnin nan syahdu... ni nak kongsi resepi kek cheese (bukan cis! ya he he). Sebenarnya resepi ni diambil dari buku RASA lamalah jugak dan dah dikongsi dalam "Kongsi Resepi", tapi takpelah mungkin tak tengok lagi kat situkan... tapi gambarnya ala2 jelah, sebab masa ni tak de nak posing sangat2 dan tak terfikir nak bukak blog, lagipun ni gambar 2 tahun lepas, tapi masih terasa kesedapannya, ahai..... cuma satu, makan tak leh hadap semua, kang masuk spital, jangan cari akak ya... ok mari lihat resepinya..

    Bahan2

    500gm cream cheese  
    125gm butter
    250ml susu segar
    6 biji putih telur
    6 biji kuning telur
    170gm gula castor
    70gm tepung gandum
    35gm tepung jagung
    1 sudu makan serbuk koko
    sedikit perahan lemon

    Cara-cara
    • Satukan cream cheese, butter dan susu segar didalam mangkuk tahan panas. Letak diatas air mendidih, perlahan dan kacau rata sehingga adunan halus dan licin, biarkan sejuk, ketepikan.
    • Putar putih telur hingga kental dan masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar lagi hingga kental, ketepikan.
    • Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kuning telur serta perahkan lemon kedalam adunan cream cheese tadi dan pukul rata.
    • Kemudian masukkan pula adunan putih telur dan gaul sebati.
    • Ambil 2 sudu makan adunan tadi, campurkan dengan serbuk koko dan kacau rata, ketepikan.
    • Tuang semua adunan kedalam bekas acuan yang dilapik kertas kalis minyak.
    • Titis adunan koko tadi keatas kek bentuk memanjang kemudian lorekkan dengan hujung pisau.
    • Letak dalam bekas berisi air panas (supaya kek tak kering) dan bakar pada suhu 165C, selama sejam atau sehingga masak.

    Tuesday, March 15, 2011

    CHOCOLATE BREAD CAKE (ROTI COKLAT BERKEK)


    Assallammualaikum dan selamat sejahtera, entry saya hari ini adalah berkenaan Choclate Bread Cake. Resepi ini saya ambil dari photopages Naz Rin Chan (mintak kebenaran c&p ya Kak Rin). Masa buat ni memang best tul, bayangkan satu rumah bau roti dan kek sekaligus... (masa ni tengah gila buat roti..he he he) Pernah makan kek dan roti yang digabungkan seperti ini, cuma tak secantik ini, dari bakery, lama dulu, so bila nampak aje kat photopages Kak Rin, terus try. Alhamdulillah memang menjadi.. sedap sampai sekarang teringat2.... miss my lovely time baking in Australia..


    Apa2pun jika sudi bolehlah cuba, tak rugi... tambah2 kalau dapat tepung yang unbleached lagi sihat (kat Msia so far saya belum jumpa lagi). Bukan apa, tepung yang biasa kita guna sekarang ni kat Msia ni, sudah dibleached dgn sejenis bahan kimia... apa ya namanya (ahai tiba2 lupa lak, tak pe nanti kemudian saya check ok.. dah tua he he) untuk memutihkan tekstur tepung itu. Bahan kimia tulah yang bawa banyak penyakit kat kita bila umur mula meningkat... dengarnya kat Singapura mereka dah sekat tepung yang dibleach ni... bilalah negara kita nak buat pulak...entahlah


    Ok, mari kita tengok resepi dari photopages Naz Rin Chan ni...


    CHOCOLATE BREAD CAKE
    Sumber : Chef Khoo See Yew of DIY Home Bread

    Bahan A
    300gm high protein flour
    5gm susu tepung
    3gm bread improver
    10gm serbuk koko

    Bahan B
    50gm gula castor
    1/2 tsp garam halus
    1/2 biji telur
    180gm air sejuk
    7.5gm yis segera
    1/2 tsp choc emulco

    Bahan C
    15gm butter
    15gm shortening

    Adunan Kek
    2 butir telur gred A
    150gm sponge mix perisa vanilla
    30gm air
    2.5gm esen pandan
    60gm minyak jagung/minyak masak

    **Putar kesemua bahan adunan kek dengan kelajuan tinggi selama 8 minit sehingga kembang dan gebu.


    cara2
    1) Dalam mangkuk pengadun, campurkan semua Bahan A. Gaul seketika.
    2) Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A. Adun sehingga menjadi doh.
    3) Masukkan Bahan C dan terus putar hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Boleh uli guna tangan atau bread maker.
    4) Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan perap selama 30 minit.
    5) Tumbuk doh untuk membuang udara. Bahagikan doh kepada dua bahagian.
    6) Gelek leper dan gulung pada dua bahagian yang bertentangan.
    7) Lengserkan dengan butter 2 tin loaf berukuran 4" x 4" x 6". Masukkan satu doh yang telah digulung tadi. 8) Biarkan doh naik dua kali ganda.
    9) Tuang adunan kek ke atas doh roti yang telah kembang tadi.
    10) Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min - 30min.
    11) Dalam mangkuk pengadun, campurkan semua Bahan A. Gaul seketika.
    12) Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A. Adun sehingga menjadi doh.
    13) Masukkan Bahan C dan terus putar hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Boleh uli guna tangan atau bread maker.
    14) Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan perap selama 30 minit.
    15) Tumbuk doh untuk membuang udara. Bahagikan doh kepada dua bahagian.
    16) Gelek leper dan gulung pada dua bahagian yang bertentangan.
    17) Lengserkan dengan butter 2 tin loaf berukuran 4" x 4" x 6". Masukkan satu doh yang telah digulung tadi. 18) Biarkan doh naik dua kali ganda.
    19) Tuang adunan kek ke atas doh roti yang telah kembang tadi.
    20) Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min - 30min.

    - Nak tengok step by step boleh pergi ke photopages Naz Rin Chan, lagi best...k

    Monday, March 14, 2011

    IKAN JAKET SUMBAT CILI


    Selamat malam, buat apa tu? ni entry biasa2 je, tapi nak kongsi gak.. tak peduli... sebab makannya tu sedap walaupun simple...  sorry ek.. gambar tak cun... gara2 nak cepat makan ni.. tak sempat posing..

    bahan2 untuk ikan
    2 ekor ikan cencaru - siang, belah dari belakang dan keluarkan isi perutnya, juga insang, cuci bersih, rendam dengan air asam jawa, supaya tidak hanyir... ketepikan (oh ya tak perlu buang bahagian luar ikan yg keras itu.. penting supaya bila digoreng, ikan tak hancur)


    bahan2 untuk sambal
    6 biji bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 senduk cili kering kisar


    lain2 bahan yg diperlukan
    2 batang serai
    garam dan kunyit (untuk lumur pada ikan)
    1 biji limau kasturi
    garam, gula, pak aji (optional)


    cara2
    • ikan yg telah direndam, tos dan lumur dengan garam dan kunyit, ketepikan
    • sambal - tumis bawang merah, bawang putih sehingga wangi dengan sedikit sahaja minyak
    • masukkan cili kering kisar, masak sampai cili masak
    • perahkan air limau kasturi
    • rasakan garam, gula dan pak ajinya (kena selalu dikacau, jika tidak akan mudah hangus)
    • dah ok... angkat keluar.
    • masukkan sebatang serai kedalam perut seekor ikan dan sumbat dengan sambal (jgn terlalu penuh, nanti bila goreng akan hangus
    • buat untuk yg seekor lagi
    • goreng kedua2 ikan hingga masak dan pastikan dalamnya juga masak (sebab ikan nikan pakai jaket, so teballah sikit)
    • dah masak sedia untuk dingap... sedap makan dengan nasi hangat...

    NASI KOTAK KUAH KACANG FIRDAUS


    Selamat petang, entry kali ini nasi kotak (panggilan anak lelaki saya Firdaus untuk nasi impit) dan kuah kacang kegemaranya. Selain dimakan dengan nasi kotak, Firdaus juga suka makan kuah kacang ni dengan spaghetty, buat macam kuah rojaklah dan dengan cekodok bawang, macam2kan ha...  Takmo banyak bebel, sebab tangan dah penat... ha mari semak resepinya.. oh ya, tak semestinya raya baru boleh buat, bila2pun boleh ..


    Bahan2
    Nasi impit segera (apa2 brand, nona ke adabi ke .) - rebus sampai masak, setelah puas hati dengan kehalusan nasi kotak ni, bolehlah dikeluarkan dari periuk dan tapis supaya air yg berlebihan tidak terendam, perlu tunggu hingga sejuk untuk mendapat potongan yg cantik... (ni tips untuk yg baru belajar buat.. yg dah teror tak payahlah ya tak???


    Kuah kacang
    10 biji bawang merah } kisar
    3 ulas bawang putih    } kisar
    1 inci halia                  } kisar
    2 batang serai  - diketuk
    2 senduk cili kering kisar (boleh tambah jika suka pedas)
    200gm kacang tanah, disangai, dibuang kulit dan di kisar halus
    secukup gula merah atau gula melaka atau brown sugar (ikut suka nak manis cam mana, ok)
    secawan air asam jawa
    2 gelas air atau sehingga mencukupi kepekatan yg di kehendaki
    secukup minyak
    garam, pak aji (jika suka)


    Cara masak kuah kacang
    • Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai sampai wangi.
    • Masukkan pula cili kering kisar, masak sampai cili masak dan sedikit garing
    • masukkan air asam jawa, kacang dan air, kacau sebati dan biar merenih
    • masukkan pula gula merah/gula melaka, rasakan juga dengan garam n pak aji... jika perlu tambah
    • tambah air sekiranya kacang menjadi terlalu pekat dan rasakan sekali lagi garam gulanya..
    • kacau selalu dan biar mendidih
    • siap... potong nasi kotak dan makan dengan kuah kacangnya... selamat mencuba..

    KARI DAGING "SLOW COOKER"


    Dah tengok video "Mat Gebu"? ahai femes sudah sang jejaka dari sedenak tu ya, walaupun hanya gambar belakang, dapat jugak kita mengenalinya, selain berborak di blog tiffin biru. Sebenarnya MG dah banyak berjasa kepada saya... saya mula mengenalinya (bukan secara dekat) hanya melalui resepi2nya yang terpamer dalam "Kongsi Resepi" semasa saya di negara orang iaitu 2 tahun lalu. Kemudian beliau mula membuka blognya sendiri... lebih memudahkan kami peminat2 masakan mendapatkan resepi2nya yg lazat dan beraneka. Gambar2 yg menarik disamping cara pengolahan yang mudah difahami... bukan saya nak promot atau ada sebab2 tertentu saya memujinya.. tetapi tak salah kiranya saya katakan memang beliau banyak berjasa kepada saya dan peminat2 masakan melalui blog beliau. Cukuplah dulu tentang MG ya, mari kita lihat bahan2 yg diperlukan untuk menyediakan kari daging slow cooker ni ya, nak tahu kenapa saya panggil k d slow cooker :-


    Bahan2
    1/2 kg daging lembu  - potong 4 segi kecil dan nipis
    sedikit minyak untuk menumis
    6 biji bawang merah }
    3 ulas bawang putih  } dihiris/diblend pun boleh (ikut suka)
    1 inci halia                }
    1 sudu kecil jintan manis
    1 sudu kecil jintan putih
    1 batang kayu manis
    2 kuntum bunga cengkih
    3 sudu besar serbuk kari (bancuh dengan 1/2 cawan air)
    2 pelepah daun kari
    santan dari sebiji kelapa
    2 cawan air
    3 biji kentang (setiap 1 potong 4, kalau besar, potong 6)

     Cara2
    • Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis, jintan putih, kayu manis, bunga cengkih dan daun kari sehingga naik bau/wangi.
    • kemudian masukkan rempah kari yg telah di bancuh dengan air tadi dan kacau sebentar biar sebati, biarkan sekejap (jangan dibiarkan terlalu lama, nanti hangussss... he he)
    • masukkan pula daging dan kacau2 biar rempah sebati dengan daging, biar sebentar.
    • masukkan santan dan air, biar reneh sebantar, kemudian pindahkan kedalam slow cooker... tetapi ini hanya option/pilihan sahaja... kawan2 boleh juga biarkan didlm periuk dan pantau sehingga daging empuk. tapi saya suka pindahkan kedlm slow cooker untuk memudahkan saya membuat kerja lain. So  tak perlu asyik nak kena tunggu dan tambah air, dapur pun tak comot. Mungkin agak lama guna kaedah ini tapi hasilnya agak bagus, kerana selain dagingnya lembut, air/santan dalam slow cooker tidak cepat mengering.. hanya tambah air jika perlu, tak perlu tak payah... amacam ok?
    • setelah daging sedikit empuk, bolehlah masukkan kentang dan biar sampai kentang empuk (sedap juga jika tambahkan carrot, dulu pernah tak cukup kentang untuk masak kari ni, saya balun aje carrot, wah lebih sedap rasanya, cubalah jika tak percaya.. janji berani...he he he..
    • rasakan garam, gula (jika suka) 
    • siap

    SAMBAL IKAN TERHANGGAT DISENTUL


    Assallammualaikum teman2 yang sudi menjengah keblogku yang tak seberapa ini. Sebenarnya entry kali ini bukanlah masakan hari ini. Sebenarnya sudah 2 hari ingin ku upload gambarnya, tapi ada masalah teknikal pulak. Baru ok hari ni... alhamdulillah... dan entry kali ni masakan biasa je yg semua orang boleh buat ya tak? tapi masakan ini adalah feberettt che abe.. ha memang sambal ikan ni masakan "signature" ewah, mak dia.. tapi sume orang suka.. air tangan maklah katakan. So dari mula kahwin dah belajar buat cara macam mak nya. Memang nampak mudah, sambal ikan, apa yang susahnya.. tapi kena gaya baru rasa macam yg aruah buat... mungkin tak 100% tapi 90%pun kira oklah ya tak???


    Ok mai kita semak resepi mudah ni...




    Bahan2


    4 ekor ikan selar kuning (saiz sedang) - beso sangat tak sedap!
    garam & kunyit (untuk menggoreng)
    6 biji bawang merah (tumbuk/kisar)
    3 ulas bawang putih (tumbuk/kisar)
    2 senduk cili kering kisar (lebih, jika suka banyak kuah)
    garam, gula, pak aji
    secukup minyak untuk menggoreng




    Cara2
    • Ikan yang telah dibersihkan, lumur dengan garam dan kunyit, kemudian goreng hingga sedikit garing (kalau garing, tulangpun boleh digigit), kemudian ketepikan.
    • Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih hingga wangi.
    • Masukkan cili kisar, tumis hingga cili masak
    • masukkan garam, gula, pak aji secukup rasa.
    • pindahkan kedalam pinggan dan sedia untuk dimakan. Sangat enak dimakan walaupun hanya dengan nasi panas... cubalah..


    Tambahan
    • Untuk menyedapkan sambal, bila mengisar cili kering, masukkan beberapa batang cili merah/cili masak bersama.
    • Jangan tambah air untuk menyediakan hidangan ini, kerana ikan akan jadi lembik dan tak ranggup lagi.

    Thursday, March 3, 2011

    ROTI CANAI


    Ni lagi satu kerja kami kat negara orang, asyik masak roti canai je.... ni semua hasil dari asyik tengok tnet, dari tak tau buat sampai dah hari2 buat. Mulanya cuba resepi dari "Kongsi Resepi" kemudian diubah2 sampai menjadi seperti selera kami sekeluarga... alhamdulillah, suami pula rajin pulak nak belajar menebar (mungkin sebab dia memang peminat roti canai di tanah air..) Orang kata tak elok makan roti canai hari2, tapi sebenarnya kalau kita aktif bersukan, tak de masalah sebenarnya (sekolah kat sana memang kuat sukannya)... tapi kalau yg dah berumur jaga2 jugalah ya...


    Doh roti canai yg telah siap di bulat2kan sedia disalutkan dengan marjerin untuk di rehatkan selama 4 jam

    tukang tebar kesayanganku
    
    mari kita lihat resepi:-


    bahan A
    • 750gm tepung gandum }
    • 1 sudu besar garam      } kacau/gaul rata
    • 1 sudu besar gula         }

    bahan B
    • 425ml air                                     }
    • 1 biji telur                                   } kacau sebati
    • 2 sudu besar susu pekat manis  }

    bahan C
    • 1 sudu besar marjerin                 } cairkan
    • 1 sudu besar ghee (minyak sapi)}

    cara2
    1. campur bahan C kedalam bahan A, kacau rata
    2. masukkan bahan B sedikit2 dan uli sehingga menjadi doh, ketepikan 1/2 jam
    3. uli lagi 10 minit dan rehat dan ulangi proses yang sama sebanyak 3 kali
    4. timbang doh sebanyak 70gm untuk setiap biji, bulat2kan
    5. setelah siap semua seperti gambar diatas, salutkan doh dengan marjerin, buat sehingga habis
    6. perap selama 4 jam

    tambahan

    1. jika guna bread maker lagi mudah, tak perlu menguli hanya masukkan bahan2 dengan turutan air, telur dan susu terlebih dahulu kemudian baru diikuti tepung, garam, gula dan akhir sekali marjerin dan ghee.
    2. tekan butang dough (No. 8)
    3. tunggulah sehingga habis proses
    4. kemudian sambung seperti No 4 diatas... selamat mencuba

    AYAM PERCIK N JAGUNG BAKAR ALA 'NANDOS'


    Buat apa tu kawan2? ha kalau tengah menung tu jangan menung lama2, nanti semua kerja tak menjadi... dari menung2 tu meh lah kita buat ayam percik... ni kegemaran keluarga saya ni... especially yg boy tu, kalau bagi sekor ayampun rasanya boleh dihabiskan... he he he.. dia tu dah terlebih western bukannya suka makan nasi ni... apa2pun marilah kita tengok resepi ni....


    Bahan2
    • 1 ekor ayam (boleh dipotong dua atau kecil2pun tak mengapa)
    • 10 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia 
    • 1 batang serai (kalau yg kurus tu 2 btglah ya)
    • 1/2 biji santan kelapa
    • gula pasir
    • gula merah                        
    • 2 sudu besar cili kering kisar (jika suka lagi berasap tambahlah lagi)
    • secukup garam


    Cara2


    untuk kuah
    • blend halus bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
    • perap ayam dengan 1/2 dari bahan yg telah dikisar (No. 1), campur sekali garam, gula pasir, gaul sebati, ketepikan.
    • ambil lagi 1/2 bahan kisar, tumis hingga harum, naik minyak dan sedikit garing
    • masukkan cili kering kisar dan tumis lagi hingga cili masak
    • masukkan pula santan, masak sebentar lagi
    • masukkan gula merah, garam, kacau dan rasakan mengikut tekak sendiri (biasanya kuah ini rasanya manis sedikit) oh ya boleh juga campurkan pak aji, jika suka..
    • menggelegak, siap.
    untuk ayam
    • bakar ayam atas grill sebelah dan letakkan bahan kisar/perapan/kuah yang telah dimasak tadi diatas sebelah lagi, biar seketika (jika guna barbeque grill, elok ditutup sebentar)
    • kemudian masak lagi sebelah bahagian, sapu lagi dengan kuah dan ulang sehingga ayam masak.
    • enak dimakan dengan sos kegemaran, selamat mencuba
    tambahan!
    • jika suka nak grill jagung seperti gambar diatas tu senang je, sapukan jagung dengan campuran susu pekat manis, garam dan butter atau nak lagi kick ala ala restoran nandos, sapukan kuah perapan ayam percik diatas dan bakar... sure tak nampak che abe lalu kat blkg he he....

    Wednesday, March 2, 2011

    CUCUQ UDANG


    Salam dan selamat sejahtera didoakan buat teman2 diluar sana. Bersiaran lagi hari ini saya ingin berkongsi satu lagi resepi ringkas iaitu cucuq udang. Kueh ni biasa saja dan selalunya kita beli aje, ya tak, tapi kalau yg anak ramai atau nak adventour sikit tu, apasalahnya mencuba. Lagipun dengan buat sendiri kita boleh gunakan minyak yang lebih selamat seperti minyak sayur ke atau dapat guna minyak yang baru untuk kesihatan keluarga kita, berbanding minyak yang telah diguna beberapa kali oleh rata2 penjual diluar sana. Bukan apa kueh ni memangnya berminyak, tetapi kalau dapat dikurangkan kuantiti dan tahu kualiti minyaknya, rasanya selamatlah sikit, cewah cakap macam pakar kesihatan pulak, he he .. jom kita semak resepi ringkas ni..(sebenarnya resepi ni main agak2 je, tapi saya cuba agak untuk memudahkan kawan2 ya)


    Bahan2
    • 250gm tepung gandum
    • 1 sudu kecil yis kering
    • secukup rasa garam
    • 100g (lebih kurang) udang 
    • sedikit taugeh dan kucai
    • secukup air (seperti bancuhan cucur bawang dirumah)
    • sedikit kunyit
    • 1 biji telur
    Cara2


    1. Masukkan tepung kedalam besen, kemudian masukkan yis, udang (ambil 1/2 drpd udang dan potong/koyak2kan setiap seekor kepada 3 -  ha kat kedai takde udang kat dalam kan, ni yg bestnya buat sendiri!), taugeh dan kucai (optional! kalau tak letakpun sedap juga) dan kunyit.
    2. Masukkan pula air sehingga bancuhan menjadi seperti cucur bawang yg biasa kita buat, jgn banyak sangat air. Masukkan juga telur (pukulkan sebentar - tak perlu kembang), kacau sebati.
    3. Kemudian rasakan garamnya.
    4. Setelah sebati, perap adunan selama 1-2 jam. Jangan lama sangat, nanti adunan masam pula, ya tak.
    5. Setelah 2 jam, boleh start menggoreng.
    6. Pastikan minyak memenuhi kuali kerana adunan akan mengembang dan api perlahan.
    7. Letak senduk yg akan digunakan untuk membentuk cucur kedalam kuali (ini akan mengelakkan adunan dari melekat dengan senduk dan adunan mudah dikeluarkan dari senduk)
    8. Setelah agak panas, keluarkan dan gunakan senduk lain untuk mencedok adunan kedalam senduk yg telah dipanaskan tadi. Pastikan jangan terlalu penuh sehingga sampai kebibir senduk.Letaklah seekor udang diatasnya.
    9. Masukkan senduk kedalam minyak panas dan tunggu sebentar, kemudian gelek2kan sedikit senduk hingga adunan keluar dari senduk.
    10. Buat lagi untuk adunan yg lain sambil membalik2kan kueh yang sedang masak.
    11. Setelah masak, letakkan kueh kedalam bekas yg dialas dgn surat khabar.
    12. Apalagi, setelah tidak begitu berminyak dan sejuk bolehlah dipotong dan makanlah dengan sos cili atau sos cili thai atau kalau pandai buat sos seperti dikedai tu, lagi ngam... selamat mencuba..