Wednesday, March 2, 2011

CUCUQ UDANG


Salam dan selamat sejahtera didoakan buat teman2 diluar sana. Bersiaran lagi hari ini saya ingin berkongsi satu lagi resepi ringkas iaitu cucuq udang. Kueh ni biasa saja dan selalunya kita beli aje, ya tak, tapi kalau yg anak ramai atau nak adventour sikit tu, apasalahnya mencuba. Lagipun dengan buat sendiri kita boleh gunakan minyak yang lebih selamat seperti minyak sayur ke atau dapat guna minyak yang baru untuk kesihatan keluarga kita, berbanding minyak yang telah diguna beberapa kali oleh rata2 penjual diluar sana. Bukan apa kueh ni memangnya berminyak, tetapi kalau dapat dikurangkan kuantiti dan tahu kualiti minyaknya, rasanya selamatlah sikit, cewah cakap macam pakar kesihatan pulak, he he .. jom kita semak resepi ringkas ni..(sebenarnya resepi ni main agak2 je, tapi saya cuba agak untuk memudahkan kawan2 ya)


Bahan2
  • 250gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis kering
  • secukup rasa garam
  • 100g (lebih kurang) udang 
  • sedikit taugeh dan kucai
  • secukup air (seperti bancuhan cucur bawang dirumah)
  • sedikit kunyit
  • 1 biji telur
Cara2


  1. Masukkan tepung kedalam besen, kemudian masukkan yis, udang (ambil 1/2 drpd udang dan potong/koyak2kan setiap seekor kepada 3 -  ha kat kedai takde udang kat dalam kan, ni yg bestnya buat sendiri!), taugeh dan kucai (optional! kalau tak letakpun sedap juga) dan kunyit.
  2. Masukkan pula air sehingga bancuhan menjadi seperti cucur bawang yg biasa kita buat, jgn banyak sangat air. Masukkan juga telur (pukulkan sebentar - tak perlu kembang), kacau sebati.
  3. Kemudian rasakan garamnya.
  4. Setelah sebati, perap adunan selama 1-2 jam. Jangan lama sangat, nanti adunan masam pula, ya tak.
  5. Setelah 2 jam, boleh start menggoreng.
  6. Pastikan minyak memenuhi kuali kerana adunan akan mengembang dan api perlahan.
  7. Letak senduk yg akan digunakan untuk membentuk cucur kedalam kuali (ini akan mengelakkan adunan dari melekat dengan senduk dan adunan mudah dikeluarkan dari senduk)
  8. Setelah agak panas, keluarkan dan gunakan senduk lain untuk mencedok adunan kedalam senduk yg telah dipanaskan tadi. Pastikan jangan terlalu penuh sehingga sampai kebibir senduk.Letaklah seekor udang diatasnya.
  9. Masukkan senduk kedalam minyak panas dan tunggu sebentar, kemudian gelek2kan sedikit senduk hingga adunan keluar dari senduk.
  10. Buat lagi untuk adunan yg lain sambil membalik2kan kueh yang sedang masak.
  11. Setelah masak, letakkan kueh kedalam bekas yg dialas dgn surat khabar.
  12. Apalagi, setelah tidak begitu berminyak dan sejuk bolehlah dipotong dan makanlah dengan sos cili atau sos cili thai atau kalau pandai buat sos seperti dikedai tu, lagi ngam... selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment