Monday, March 14, 2011

NASI KOTAK KUAH KACANG FIRDAUS


Selamat petang, entry kali ini nasi kotak (panggilan anak lelaki saya Firdaus untuk nasi impit) dan kuah kacang kegemaranya. Selain dimakan dengan nasi kotak, Firdaus juga suka makan kuah kacang ni dengan spaghetty, buat macam kuah rojaklah dan dengan cekodok bawang, macam2kan ha...  Takmo banyak bebel, sebab tangan dah penat... ha mari semak resepinya.. oh ya, tak semestinya raya baru boleh buat, bila2pun boleh ..


Bahan2
Nasi impit segera (apa2 brand, nona ke adabi ke .) - rebus sampai masak, setelah puas hati dengan kehalusan nasi kotak ni, bolehlah dikeluarkan dari periuk dan tapis supaya air yg berlebihan tidak terendam, perlu tunggu hingga sejuk untuk mendapat potongan yg cantik... (ni tips untuk yg baru belajar buat.. yg dah teror tak payahlah ya tak???


Kuah kacang
10 biji bawang merah } kisar
3 ulas bawang putih    } kisar
1 inci halia                  } kisar
2 batang serai  - diketuk
2 senduk cili kering kisar (boleh tambah jika suka pedas)
200gm kacang tanah, disangai, dibuang kulit dan di kisar halus
secukup gula merah atau gula melaka atau brown sugar (ikut suka nak manis cam mana, ok)
secawan air asam jawa
2 gelas air atau sehingga mencukupi kepekatan yg di kehendaki
secukup minyak
garam, pak aji (jika suka)


Cara masak kuah kacang
  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai sampai wangi.
  • Masukkan pula cili kering kisar, masak sampai cili masak dan sedikit garing
  • masukkan air asam jawa, kacang dan air, kacau sebati dan biar merenih
  • masukkan pula gula merah/gula melaka, rasakan juga dengan garam n pak aji... jika perlu tambah
  • tambah air sekiranya kacang menjadi terlalu pekat dan rasakan sekali lagi garam gulanya..
  • kacau selalu dan biar mendidih
  • siap... potong nasi kotak dan makan dengan kuah kacangnya... selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment