Tuesday, April 5, 2011

SOSEJ ROLL


Salam hari Selasa dan alhamdulillah dipanjangkan umur untuk bersiaran lagi. Agak lama juga tiada entry dari akak ya, agak sibuk kebelakangan ini. Hari ni akak nak share entry mudah yang semua orang boleh buat, bahan2pun mudah... ha seperti gambar diatas iaitu sosej roll. Sebenarnya tiada sukatan, cuma perlukan sosej (nak masak dulu boleh, tak masakpun takpe, sebab lepas masuk dalam oven dia akan masak juga. Lepas tu puff pastry secukupnya. Ha apalagi potong 2  sosej dan balutlah ngan sipuff pastry tu. Letak atas dulang yg telah di lengser ngan mentega atau lagi mudah kalau dapat semburngan minyak yg dalam tin tu. Dah habis letak semuanya, sapulah ngan kuning telur atau nak berkilat sket campurkan sebiji telur ngan 2 sudu besar fresh milk, kacau guna garpu. Sapu guna berus atas sosej roll tadi dan bakar pada suhu 200C selama 35 - 40 minit (ikut oven masing2) sehingga perang diatasnya. itu saje, bolehla ngap... nanti ada masa akak ajar buat sosej roll yg intinya guna daging kisar ya.. selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment