Thursday, December 22, 2011

Biskut Samperit - buat untuk buah tangan mak akak
yg akan pergi kepertunangan anak neighbour -
harap mereka suka menerimanya (kebiasaan orang perak,
hantarannya memang penuh dengan kueh mueh, itulah
adat namanya)

Thursday, December 15, 2011

SEKADAR BERKONGSI CERITA...

Oh ya ni, nak cerita sikit peristiwa pagi tadi, selepas k ita gi exercise dan nak balik kerumah, ternampaklah seorang budak perempuan - dari jauh nampak macam anak india tetapi sebenarnya anak negro (siap berdandan halus mcm dlm tv tu) berjalan sorang sambil menangis mengesek mata, tanpa memandang kenderaan yg menuju kearahnya, apalagi akak pun terus seberang jalan dan mendapatkannya. Bimbang di langgar kereta atau diapa2kan pihak2 tak bertanggung jawab (faham2 ajelah anak perempuan). Nasib baik budak tu boleh berbahasa inggeris, lepas ditanya dimana emaknya dan rumahnya, masih belum juga dapat jawapan yg pasti, ditambah2 dia asyik menangis dan agak sukar utk memahami apa yg diperkatakan.

Dari akak seorang makin bertambah ramai yg singgah bertanya kan halnya dan ada seorang sekuriti tu agak takut utk melaporkan pada polis sbb takut dia akan terlibat sama, ada ka patut, akak pun sound lah jgnlah begitu awak tu sekuriti, tolonglah sikit... akhirnya dia bersedia menolong dan perlu ke post sekuriti yg lagi satu, oklah. Berbalik pd budak perempuan negro tu tadi yg berusia 4 tahun, setelah ditanya datang dari arah mana, diapun menunjukkan arah rumahnya (cuak jgk sbb tiada negro yg tinggal kawasan rumah kami rasanya) tapi takpelah ikutkan jugalah dia, sambil memegang tangannya hingga sampai kerumah. Alhamdulillah ada rupanya maknya, pakciknya, rupanya mereka tak sedar dia keluar. Maknya cakap dia nak ikut maknya pergi kerja, tapi hari tu tak keja, so dlm masa bersiap2 tu anaknya dah keluar sendiri (sebenarnya budak tu agak bijak wpun baru berusia 4 tahun dah pandai tunjuk jln rumah ya tak).

Sebenarnya kejadian hari ni merupakan balas budi yg akak pernah terima masa anak2 akak kecik dulu, pernah anak akak terlepas dari tadika dan terus berlari kerumah yg agak jauh dari situ... mujur Allah swt menghantar hambanya yg baik menolong membawa anak2 akak pulang kerumah, alhamdulillah. Mana kita akan tahu bgmana nak balas budi org yg menolong tu, rupa2nya hari ni lah hari itu, alhamdulillah dan satu lagi rupanya org negro tu berugama islam, ibunya siap bertudung lagi.

Roti Poket

Hai teman2... sorrylah lama k ita tak update blog, bukan apa, agak sibuk, maklum dgn anak2 yg sedang bercuti dan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Namun begitu ada jgk aktiviti memasak, walau tuan rumah dalam keaadaan berdiet (sebenarnya menjaga kesihatan), tapi kadang2 tu kena jugak masakkan makanan kegemaran anak2, cuma maknya jelah kena tahan selera. Alhamdulillah dengan senaman yg regular dan penjagaan makanan telah menunjukkan penurunan berat badan. Bukan sahaja badan rasa ringan tetapi juga segar dan mudah melakukan kerja2 rumah dan memenuhi aktiviti anak2. Doakan k ita terus berjaya ya. Ok disebabkan anak2 memang sukakan roti pita atau roti poket (pengaruh luar negara la ni), dan agak sukar untuk mendapatkannya dikawasan rumah akak ni, maka terjumpalah satu resepi mudah dalam Myresepi.com oleh erna. Ok akak c&p ajelah ya, harap erna tak marah. Anyway memang mudah, sedap dan sekejap je dah siap juga seronok tengok masa roti tu mengembang dalam oven.... isi atau intinya terpulang kepada kegemaran teman2 ya... anak2 k ita ada yg letak inti nugget+salad+tomato+mayo+cili sos, ada yg letak scramble egg dan ada juga letak sosej, sesuka hati merekalah, sekejap je dah licin satu adunan...alhamdulillah

Bahan2
  • 200g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 150g air
  • 5g gula
  • 5g garam
  • 15g olive oil/minyak masak
  • 2.5g dry yeast

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
  2. Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  3. Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
  4. Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
  5. *** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.