Thursday, April 14, 2011

Kueh Bakar aka Bengkang






Seperti dijanjikan akak masukkan resepi kueh bakar ya... maaflah lambat sangat baru update... sibuk bebeno teman ni, amboi kan dah cakap perak!! ok tak mo bebel panjang2, meh kita semak resepi, mudah je, resepi ni ambik kat blog http://myresepi.com kalau tak silap resepi joey ke (sorry kalau silap ya), dah lama ambik resepi ni dan selalu buat guna resepi ni... mudah!! ok sekali lagi jom semak resepi...

Bahan2

1 cawan gula
1 cawan jus pandan atau air + pandan esen (akak guna bbrpa titik pandan esen je - tak yah campur air lg)
2 cawan tepun gandum
2 1/4 cawan santan (atau guna santan dalam tin yg 270ml dan campur air selebihnya)
2 sudu besar butter
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
secukup bijan untuk ditabur diatas adunan

* boleh tambah pewarna jika suka

Cara2
  • Campurkan semua bahan (kecuali bijan) kedalam blender (mula2 masukkan bahan cecair dulu, kemudian baru barang kering), blend sebati.
  • Masukkan 2 sudu besar minyak kedalam loyang dan ratakan.
  • Panaskan loyang dalam over sebentar (masukkan aje loyang kedalam over semasa memanaskan over dan keluarkan bila loceng berbunyi). Bila minyak dah panas, masukkan adunan dan taburkan bijan.
  • Bakar pada suhu 180C sehingga perang atau garing dalam 1 jam.
  • Ingatan : tunggu sejuk dulu baru potong (kalau nak cantik potongannyalah)

Sunday, April 10, 2011

APALAH YANG DISIBUKKAN SANGAT TULAH YA!!!


Jumpa sekali lagi dihari yang sama, lagi sekali lari lagi dari tajuk beri resepi. Kak Ita cuma nak share apalah yang disibukkan sangat akak ni sampai tak sempat nak update blog ya.. ha ni lah yang dibuat akak seminggu ni.... mari sama2 tengok ya... kalau sudilah....



Brownies steam with cheese order dari Ziela, kawan dirumah akak ni jugak untuk bday anak nya, Wan Lili Aifa, 13 tahun (7.4.2011), sedapkan namanya... katanya anaknya happy ngan deco dan katanya "sedapnya kek ni mama" - alhamdulillah 1 satisfied customer, terima kasih ya Ziela
 
 
Ni pulak kek sponge oren, bday anak akak yg no. 3, Nur Lisa Sofea, 10 tahun (8.4.2011)... kek ni dia yang minta nak kek apa, nak edible image gambar apa... alhamdulillah nampaknya dia suka ngan deco ngan rasa kek ni.. katanya thanks ibu...(gembira tengok senyuman di bibirnya)
   

Sepatutnya gambar ni letak dulu, ni order muffin blueberry (15 biji) dan pisang (15 biji) juga. Total 30 biji, order dari Kak Ina dan suami, nak buat jamu adik-beradik yang datang untuk wedding anak sedaranya... alhamdulillah sekejap je dah selesai kata mereka... syukur customer happy


  


Tuesday, April 5, 2011

CUSTARD RAISIN FAN ROLLS







 Salam Isnin buat teman2 dan sedang buat apalah tu ya. Tentu sibuk dengan aktiviti keluarga bagi yang dah berkeluarga dan yang masih solopun tak kurang sibuk ngan kerja dan sebagainya. Hari ni akak nak share satu resepi yang pernah dibuat dulu. Roti ni memang sedap dan cantik untuk dibawa sebagai potluck atau saja2 nak tawan hati suami dan anak2 pun ok. Resepi diambil dari rumah Gert dari My Kitchen Snippets. Maaflah resepinya dalam bahasa inggeris, tak sempat nak translate, tapi akak rasa tentu tiada masalahkan, kalau tak faham "shout" kat akak ok. Oh ya, dah minta kebenaran dari Gert untuk c&p awal2. Thanks ya Gert for sharing the receipe. Cubalah memang berbaloi... mari kita lihat resepi..

Dough
460gram bread flour
2 tsp yeast
60 gram milk powder
70 gram sugar
½ tsp salt
1 egg
150 - 160 ml milk (you might need a bit more or less)
70 gram butter
100 gram water roux


Custard fillings
80gram unsalted butter - soft
60 gram sugar
1 egg yolk
2 tbsp custard powder or cornstarch
100 gram milk powder
¼ tsp salt


1 ½ cups raisin
I egg white (beaten for egg wash)
Some sliced almonds (for garnish)


  1. Fit the mixer with the dough hook attachment. Combined flour, milk powder, salt, yeast and sugar in the mixing bowl. Mix well. Add in the egg and water roux. Turn on the mixer and slowly add in the milk until the dough comes together and forms into a nice ball of dough. Continue to mix for 5 minutes and add in the butter. Continue to mix for another 5 minutes.
  2. Cover the dough and let it rest in a warm place until double in size. In the meantime mix all the filling ingredients together (accept raisins) and set it aside.
  3. Punch down the dough and roll it out to rectangle shape (about 17” x 12”). Spread on the custard filling and sprinkle on the raisins. Roll up the dough as tightly as possible. Flatten the log slightly with the palm and slice the log into 10 pieces (depend on the size you like).
  4. Then using a scissors or a pizza cutter, make another 2 cuts into each piece. Twist each slit slightly to make it lay somewhat flatter. Place on a greased baking pan and cover and let it rise until almost double.
  5. Brush it with some egg wash and sprinkle on some sliced almonds. Baked in a pre-heated 350 degree F oven until golden brown. Remove from oven and let them cool.





SOSEJ ROLL


Salam hari Selasa dan alhamdulillah dipanjangkan umur untuk bersiaran lagi. Agak lama juga tiada entry dari akak ya, agak sibuk kebelakangan ini. Hari ni akak nak share entry mudah yang semua orang boleh buat, bahan2pun mudah... ha seperti gambar diatas iaitu sosej roll. Sebenarnya tiada sukatan, cuma perlukan sosej (nak masak dulu boleh, tak masakpun takpe, sebab lepas masuk dalam oven dia akan masak juga. Lepas tu puff pastry secukupnya. Ha apalagi potong 2  sosej dan balutlah ngan sipuff pastry tu. Letak atas dulang yg telah di lengser ngan mentega atau lagi mudah kalau dapat semburngan minyak yg dalam tin tu. Dah habis letak semuanya, sapulah ngan kuning telur atau nak berkilat sket campurkan sebiji telur ngan 2 sudu besar fresh milk, kacau guna garpu. Sapu guna berus atas sosej roll tadi dan bakar pada suhu 200C selama 35 - 40 minit (ikut oven masing2) sehingga perang diatasnya. itu saje, bolehla ngap... nanti ada masa akak ajar buat sosej roll yg intinya guna daging kisar ya.. selamat mencuba.